Jumaat, 29 Disember 2017

Merdu Sangat Adik Ni Baca Surah Ar Rahman Walau Ada Kekurangan nya (Vira...

Walau ada kekurangan tidak halang adik ni menghafal al-Quran. Jom dengar betapa merdunya suara adik ni membaca Al-Quran iaitu surah Ar Rahman.



Kagum admin dengan adik ini, di sebalik kekurangannya Allah kurniakan keterangan hati dan mudah menghafaz al quran. Syabas dik untung ibu bapa kamu.



Brader Oren Autralia Menganjing Brader Kobis Korea (Viral YS)

Viral bro ni menganjing brader petik kobis korea yang dapat rm11k sebulan di korea. Nampaknya brader kerja australia ini dikatakan boleh dapat 2000 dolar seminggu siap beli kereta dalam masa seminggu. Iphone pun dapat free katanya.



Apa yang kami lihat brader ni cuma memerli atau sarcasm dengan brader kerja petik kobis di korea itu..Apa pula pendapat anda?



Akan Panggil Polis Tangkap Jika Masuk Tanah Sendiri - PPIM (Viral YS)

Pemilik tanah di Kg Air Bagong diugut akan ditangkap polis jika masuk ke tanah milik mereka oleh pakatan azam sdn bhd. Dimaklumkan bahawa beberapa report polis telah di buat namun tiada apa tindakan di ambil bagi menyelesaikan masalah penduduk dan pemilik tanah.



PPIM diketuai oleh Dato Hisyam sebagai ketua biro undang-undang ppim ke lokasi pertikaian tanah dan jalan tersebut



Khamis, 28 Disember 2017

Kemain Peluk Cium Tangan Dengan Ayahanda Usik Yusuf Azmi PPIM (Viral YS)

Kemain Lagi peluk cium tangan siap peluk erat-erat dengan ayahanda orang zaman sekarang ni. Dengan mak ayah salam tak cium pun kita ni. Ada pula time hari raya cakap kosong-kosong pulak.



 Itu luahan dan keluhan daripada saudara Yusuf Azmi PPIM.



Yusuf Azmi - Bukit Bintang Gua Punya, Sound Brader (Viral YS)

Saudara yusuf azmi ppim kena sound jangan main-main, bukit bintang gua punya. Kenyataan yang hanya berani buat kecil namun setakat cap ayam je.



Ikutkan kalo nak buat bukan-bukan buatla betul-betul. Setakat sikit-skit tak berbaloi kata saudara yusuf azmi



Selasa, 26 Disember 2017

Terkejut Yusuf Azmi Jawab Komen Adi Putra (Viral YS)

Yusuf Azmi terkejut komen Adi Putra mengatakan dia meminjam Ahlong. Selain itu, adi putra mengatakan dahulu yusuf azmi ppim hanya bancuh kopi dan pinjam ahlong. Mintak tolong ppim selesaikan pinjaman ah long nya dan sekarang sudah besar kepala setelah terkenal.



Admin tidak pasti kebenaran bahawa profil tersebut adalah adi putra atau peminat adi yang menggunakan gambar prodil artis malaysia yang terkenal tersebut.



Jom kita dengar penjelasan Ketua Biro Unit Tindakan Khas PPIM ini.



Jom Belajaq Cara Cakap Loghat Kedah (Viral YS)

Mari belajaq cakap loghat kedah. Khas buat sesiapa nak kahwin orang utara terutamanya kedah mesti anda nak tau serba sikit bahasa dan loghat orang negeri kedah. Jom layan video kawan ni dapatla belajar dan tambah ilmu berkaitan loghat kedah yang super power dan best ni.



Kredit Video : Lyana Hazirah



Gaji RM400 Sehari Kutip Sayur Di Korea (Viral YS)







Viral video orang malaysia bekerja kutip kobis di Korea di mana beliau mengatakan bahawa beliau mendapat rm400 sehari dengan hanya mengutip sayur dan memasukkannya ke dalam plastik.

Memang lumayan gaji yang beliau dapat dan semoga Allah murahkan rezeki beliau di perantauan dan dipelihara kesihatan dan keselamatannya. Amin



Rabu, 20 Disember 2017

Pinjam RM275 Ribu, Ahlong Tuntut Hampir RM2 Juta (Viral YS)









Dapat RM275 Ribu, Ahlong Tuntut Hampir RM2 Juta!

Akibat tidak mendapat bayaran dari perniagaannya, seorang Cina mualaf terpaksa berhutang dengan 13 orang Ahlong dan telah membayar hampir RM1.8 juta. Lebih menyedihkan mangsa masih lagi dituntut untuk membayar RM75 Ribu!

Bermula dengan seorang Ahlong pada tahun 2013, pinjaman yang diharap mampu meringankan beban telah menjerat dirinya sendiri. "Middle Man" yang disangka mampu membantu rupa-rupanya juga penipu besar, mengaut lebih RM700 ribu dan lesap.

Desakan menjadikan mangsa ketakutan. Ketiadaan simpanan membuat mangsa meminjam dari Ahlong yang lain pula bagi "menutup lubang" Ahlong terdahulu.

Kini mangsa dalam keadaan kesusahan sehingga tidak mempunyai wang untuk menampung keperluan harian akibat terpaksa membayar bunga yang meningkat setiap minggu. Mangsa hadir bagi mendapatkan bantuan PPIM dan berharap supaya lebihan jumlah yang telah dibayar dapat dituntut semula.

Mengikut pengalaman kami, ramai mangsa Ahlong mula terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa sebarang masalah. Untuk makluman semua, Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yang tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yang meminjam dari Ahlong akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya.

Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi:
Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
013-3071 999 / 019-3458 444 / 03-4257 7222 / 03-4256 6618

Layari ahlong.ppim.org.my bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji.

Sebarkan agar maklumat ini sampai kepada mereka yang memerlukan.

Selasa, 19 Disember 2017

Diri Sebenar The Sacred Riana Asia's Got Talent Winner (Viral YS)

Jom kenali dengan lebih rapat lagi pemenang asia got talent iaitu The Sacred Rania. Nampaknya rania hanyalah gadis biasa dan apa yang menarik ialah persembahan dan lakonannya sebagai magician mahupun mentalist sangat menjadi dan menghiburkan.



Cikgu Azizan Dibebaskan Setelah Di Saman Bapa Pelajar Hisap Gam (Viral YS)

Nampaknya cikgu azizan yang di bawa ke mahkamah kerana mendenda murid yang menghisap gam telah dibebaskan dan pertuduhan ke atasnya telah di tarik balik oleh mahkamah.



Nampaknya kanak-kanak zaman sekarang ni semakin dimanjakan dan cikgu tidak mempunyai hak dalam mendidik dan mendisiplinkan anak-anak ini.



Dimanakah martabat profesyen perguruan dan hormat ibu bapa kepada guru yang bersusah payah mendidik anak kita hingga berjaya. Adakah ini balasan kita kepada para guru dan cikgu. Semoga tiada lagi kes sazali moden pada masa akan datang.



NUTP telah membantu cikgu azizan dan memang memperjuangkan warga pendidik dengan penuh ikhlas. Tahniah NUTP.



Sabtu, 16 Disember 2017

Aliff Syukri Ada Otak Ke Takde Otak - Ni Bukan Rumah Setinggan (Viral YS)

Dato Aliff Syukri panas dengan kontraktor yang buat rumahnya dengan cincai dan bagaikan rumah setinggan. Kata Dato Aliff Syukri "Ingat ini rumah setinggan ke..bukan rumah 1 2 juta tapi puluh juta ni.



Beliau nampak kecewa dengan 20 kontraktor rumahnya di mana sekian lama pembinaan rumah pengarah urusan dherbs ini namun masih belum siap.



Rabu, 13 Disember 2017

Ku Li Bantah Kos Sara Hidup Tinggi dan GST Terhadap Rakyat Susah (Viral YS)

Tengku Razaleigh menyatakan bahawa kos sara hidup di malaysia semakin tinggi dan beliau menyatakan bantahannya terhadap GST yang dilaksanakan kepada semua rakyat malaysia tanpa mengira pendapatan mahupun yang tidak bekerja.



Isu ini sangat besar dan perlu ditangani oleh ahli politik terutama kerajaann umno yang sedang memerintah pada masa kini.



Kalau Al Qassam Menang Maka Kiamat Dah Dekat - Ustaz Abdullah Khairi (Vi...

Ustaz Abdullah Khairi mengatakan jika Al-Qassam menang maka ia dalah tanda kiamat dah dekat.



Ikuti kisah dan cerita beliau semasa melawat makam nabi-nabi di israel dan kisah di syria di mana imam mahdi akan turun.



Kita sebagai umat islam harus tahu dan dengar ceramah ustaz abdullah khairi ini kerana ia penuh dengan info dan maklumat mahupun sejarah palestin dan umat islam



Menteri Besar Pahang Bertegang leher Dengan Penduduk Cameron Highland Is...

Menteri Besar Pahang berjumpa dan menjawab soalan penduduk cameron highland sehingga menyebabkan para penduduk menjadi panas.



Dato Sri Adnan Yaakob menyatakan penduduk perlu bersabar. Walaupun sebelum ini boleh bersabar 40 tahun apa salahnya bersabar lagi 10 tahun.



Isu sebenar yang cuba diutarakan oleh penduduk masih tidak jelas kepada admin namun kita doakan semua boleh diselesaikan dengan baik.



MTUC - Whatsapp Ganggu Emosi Pekerja Lepas Waktu Pejabat (Viral YS)

MTUC mengatakan bahawa penggunaan whatsapp oleh majikan terhadap pekerja menyebabkan gangguan emosi selepas waktu pejabat. Sepatutnya jika melebihi 8 jam dan jika ada kerja yang masih dilaksanakan maka ia hendaklah dikira sebagai kerja lebih masa ataupun overtime.



Gangguan oleh majikan terhadap pekerja selepas waktu kerja adalah tidak patut dan hendaklah dikaji semula oleh semua pihak.



Pesan Mahathir kepada Najib dalam Persidangan Khas OIC Isu BaitulMaqdis...

Pesanan Tun Dr Mahathir kepada Najib Razak yang akan hadir dalam Persidangan Khas OIC mengenai isu BaitulMaqdis. Tun Mahahir memohon jasa baik Dato Seri Najeb Tun Razak supaya menggunakan pengaruhnya supaya presiden amerika syarikat menarik balik pengistiharannya ke atas baitulmaqdis sebagai ibu kota israel.



Ahad, 10 Disember 2017

Fans Suruh Dekat Terus Kemain Fattah Amin Rangkul Pinggang Fazura (Viral...

Pasangan fattzura iaitu fattah amin dan fazura berada di singapura ditegur peminat supaya rapat sikit dan laju je fatah amin rangkul pinggang fazura. semoga hubungan mereka berkekalan dan berpanjangan.



Sekarang media sosial memang hangat dengan kisah percintaan dan perkahwinan fattah amin dan fazura yang menjadi kenyataan selepas bermacam gosip dan andaian oleh netizen dilemparkan



kredit ig @tresbeautresbelle_palingmanis



Sabtu, 9 Disember 2017

Solidariti Yusuf Azmi PPIM Rakyat Malaysia Bantah Trump

Saudara Yusuf Azmi bersama rakyat malaysia menyatakan solidariti kepada palestin berikutan pengiktirafan Donald Trump ke atas Baitul Maqdis sebagai ibu kota israel.



Perhimpunan aman ini disertai oleh pelbagai rakyat malaysia tanpa mengira fahaman politik dan bangsa.



Jumaat, 8 Disember 2017

NAJIB - Malaysia Tolak Pengiktirafan Trump Akan Baitul Maqdis Ibu Kota I...

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib menentang sekeras-kerasnya akan pengiktirafan Donald Trump akan Baitul Maqdis sebagai ibu kota israel.



Pengumuman beliau di buat di perhimpunan agung umno Pau 2017 menegaskan bahawa islam perlu ditegakkan dan akan membawa perkara ini ke pengetahuan dunia akan pendirian malaysia berkaitan isu baitul maqdis ini.



Khamis, 7 Disember 2017

Komen Dr Mahathir Akan Pengiktirafan Trump Ke atas Israel (Viral YS)

Kenyataan Trump memindahkan kedutaan ke Baitul Maqdis menunjukkan sokongan nyata trump ke atas penjajahan israel ke atas bumi palestin.



Jom ikuti komen bekas perdana menteri malaysia iaitu Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tok Det atau chedet.



Nyata semua masyarakat islam tidak setuju dengan tindakan presiden amerika syarikat iaitu Donald Trump yang nyata berat sebelah dan tidak adil.



Dedah Whatsapp Yusuf Azmi Dengan Longkai Kamarulzaman (Viral YS)

Kisah yusuf azmi ppim dan longkai kamarulzaman hangat diperkatakan sehingga saudara yusuf azmi mengeluarkan whatsapp antaranya dengan longkai tersebut.



Nampaknya apa yang cuba disampaikan oleh saudara yusuf azmi ialah supaya bersama-sama bertahajud dan belajar mendalamai agama bersama-sama.



Brader Longkai Kacau Abang Ali PPIM(Viral YS)

Yusuf Azmi mengatakan bahawa longkai yang berjumpa dengannya sebelum ini menganggu abang ali dan sebagai ketua pengarah UTK PPIM beliau tidak mahu ada pergaduhan antara callmen tersebut dan abang ali.



Nampaknya longkai bernama kamarulzaman ini ingin populariti dan seeloknya dijauhkan.



Bro Longkai Minta Gaji 10 Ribu Dengan Yusuf Azmi PPIM (Viral YS)

Brader Longkai Topi hitam meminta yusuf azmi ppim membayar gajinya sehari 10 ribu jika menyertai perjuangan ppim membanteras kegiatan ha long.



Brader kamarulzaman ini sangat pelik dan jika benar ingin membantu atau mengajar ppim perlulah lihat diri sendiri dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.



Kredit: FB Barang Baik Mall



Rabu, 6 Disember 2017

Komen Padu Yusuf Azmi Buat Sharnaaz Ahmad Terkesima (Viral YS)

Nampaknya perlian Sharnaaz Ahmad terhadap Yusuf Azmi PPIM telah sampai kepada saudara Yusuf Azmi. Saudara yusuf azmi membalas komen dan kritikan dari artis tersebut dengan penuh hikmah dan dengan penuh halus.



Buat apa bergaduh dan beliau berkata eloklah komen dari artis lelaki ini diambil secara positif dan yusuf azmi mohon supaya netizen tidak menghentam sharnaaz ahmad atas kritikan beliau.



Ada juga netizen yang mengatakan sharnaaz cuba menumpang populariti yusuf azmi



NELO VINGADA Letak Jawatan Coach Harimau Malaya (Viral YS)

Nampaknya selepas Harimau Malaya semakin jatuh ranking dunia, Ketua Jurulatihnya iaitu Nelo Vingada meletakkan jawatannya selepas hanya seri sekali dan kalah perlawanannya yang lain.



Selepas perbincangan dengan Presiden FAM iaitu TMJ atau Tengku Mahkota Johor, tuanku berkenan menerima perletakan jawatan beliau daripada mengendalikan skuad bola sepak negara.



Nelo berkata beliau patut bertanggungjawab atas prestasi pasukan malaysia dan berharap pasukan bola sepak negara terus maju selepas ini



PPIM - Teruk Betul! Dah Kenapa Bank Pergi Bagi Duit kepada Pemaju (Viral...

PPIM menyatakan rasa pelik bagaimana bank boleh melepaskan bayaran 70-80% kepada pemaju sedangkan rumah tidak dibina. Nampaknya pihak pemaju telah melarikan diri dan projek perumahan ini telah terbengkalai bertahun-tahun lamanya dan tiada satupun rumah kelihatan kecuali satu tapak yang hanya mempunyai dinding yang telah dinaiki semak samun.



Pihak PPIM yang diketuai oleh Dato Hisyam telah dimaklumkan oleh pembeli rumah daripada pemaju tersebut bahawa sebanyak lebih daripada 40 buah rumah sepatutnya di bina di tapak tersebut namun pembeli kecewa kerana rumah impian yang diidamkan tidak dibina.



Projek ini sepatutnya disiapkan oleh Inai Setia Sdn Bhd, kontraktor Lurah Pantas Sdn Bhd dan Menang Murni Sdn Bhd.



PPIM Terjah Rumah Mahligai Terbengkalai Kelentong Pembeli (Viral YS)

Biro Undang-Undang PPIM yang diketuai Dato Hisyam melawat tapak projek rumah terbengkalai yang didakwa telah menyebabkan ramai mangsa menanggung hutang dan pinjaman sehingga ada yang diistihar bangkrap.



Apa yang dilihat pada rumah tersebut hanya semak samun dan rumah yang hanya ada dinding dan bata sahaja.



Bro Ni Heboh Nak Ajak Yusuf Azmi Jumpa (Viral YS)

Seorang brader yang tidak dikenali dan disyaki seorang longkai dengan angkuh berkata dia ingin berjumpa dengan Yusuf Azmi PPIM berkaitan sesuatu perkara. Apa yang kelakar dengan bertopi dan berspek di dalam pejabat sambil hisap rokok mencabar saudara Yusuf Azmi untuk berjumpa.



Semoga semua perkara dalam keadaan baik dan semua perkara dibincang dengan elok. Nasihat kami kalau nak jumpa tu tak perlu kecoh buat video bagai.



Makin ramai orang nak popular dan terkenal dengan cepat dilihat cuba gunakan nama Yusuf Azmi sebagai batu loncatan untuk tujuan tertentu.