Khamis, 18 Januari 2018

Angkara Ah Long Cium Kaki Tangan Mak Kau Sekarang - Fail PPIM (Viral YS)

Anak Derhaka! Cium Kaki Ibu Mohon Pengampunan



Taksub dengan permainan atas talian, lelaki berusia 23 tahun ini terjerat 6 orang Ahlong dengan nilai pinjaman mencecah RM16,000 sejak akhir tahun lalu.



Lebih mengecewakan, ibunya yang hanya berkerja sebagai seorang Juru Jual terpaksa membayar segala pinjaman bagi mengelakkan Ahlong membuat kacau dirumahnya.



Nantikan laporan penuh dalam Segmen Dari Fail PPIM “Anak Derhaka! Cium Kaki Ibu Mohon Pengampunan” pada 29 Januari ini jam 9 malam.



“Sekiranya anda atau kenalan mempunyai masalah berkaitan Ah Long, kami nasihatkan anda untuk segera melaporkan aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM bagi mendapatkan bantuan"



Hubungi:



Unit Banteras Ceti Haram

Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur

013-3071 999 / 019-3458 444 / 03-4257 7222 / 03-4256 6618



Layari ahlong.ppim.org.my bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji.



Sebarkan agar maklumat ini sampai kepada mereka yang memerlukan.



Kredit - PPIM & Biro Undang-undang PPIM



Mangsa Skim Kucing Bongkar Taktik Petshop Kaut Untung (Viral YS)

Pendedahan Memilukan Mangsa Skim Kucing



Pendedahan pilu sebuah keluarga kepada Dato’ Hishamuddin bin Hashim Ketua Biro Undang - undang PPIM berkaitan sebuah syarikat yang didakwa menjalankan skim mirip pelaburan menggunakan haiwan kucing sebagai modus operandi penipuan. Pihak PPIM cuba untuk mencari penyelesaian untuk pengadu-pengadu dan juga kebajikan kucing-kucing tersebut.



Adalah amat menyedihkan pengadu mendakwa wang yang dibayar kepada syarikat tersebut adalah wang yang perlu digunakan untuk suaminya mendapatkan rawatan sakit jantung. Dan suaminya kini bergantung harap kepada wang tersebut untuk meneruskan pembedahan jantung.



📌📌📌📌📌

Untuk kaunseling undang-undang atau pertanyaan berkaitan undang-undang sila hubungi talian helpline

📞 01111181000



Kredit: PPIM & Biro Undang-Undang PPIM



Khamis, 11 Januari 2018

PPIM Jawab Kenapa Imadi Petshop, KongiMakan & Boy Iman DBI Bebas (Viral YS)

Yusuf Azmi & dato Hisyam jawab kenapa MLM seperti kongsi makan, imadi petshop,arba dan boy iman dbi properties masih bebas. Untuk makluman ppim bukanlah penguatkuasa dan tidak mempunyai kuasa menangkap orang-orang seperti mereka.



Tugas ppim ialah mendesak pihak berkuasa seperti sprm dan kpdnkk supaya mengambil tindakan terhadap orang dan syarikat tidak bertanggungjawab ini.



Selasa, 2 Januari 2018

2018 Nak Sekolah Sanggup Jemberang Jambatan Gantung Rosak Di Pahang (Vir...

Anak ini bersama bapanya dilihat menyeberang jambatan gantung rosak kerana ingin ke sekolah. Apa yang mereka cuba lakukan sangat berbahaya dan boleh jatuh jika tersilap langkah.



Dimaklumkan jalan alternatif telah dinaiki air dan disebabkan kasian dengan anaknya yang semangat ke sekolah maka bapa ini turutkan menghantarnya menyeberangi jambatan gantung yang rosak tersebut.



Hasil viral jambatan baru sebenarnya bakal dibuat namun ia akan mula dibina pada 8 januari ini.



Skill Menyorok Tarap Gaban Bapak Dia ni (Viral YS)

Kemain bapa dia menyorok sampai anak tak perasan. Comel je adik ni dan bapa dia sangat sporting rajin melayan ank tu main nyorok-nyorok.



Budak Australia Pun Kenal Lagu Dato Vida (Viral YS)

Dato Vida yang terkenal dengan lagu I Am Me patut berbangga kerana dikenali sehingga ke autralia.



Namun walaupun dikenali namun sebutan bahawa inggerisnya menjadi bahan ketawa kerana sebutan yang tidak betul namun ianya masih digemari oleh kanak-kanak di bumi autralia