Isnin, 30 Oktober 2017

9 Dragon: Dalang Sindiket Judi Dikenal Pasti, Kata Polis (Viral YS)

Polis telah mengenal pasti sebahagian besar dalang sindiket perjudian di negara ini dan sedang mengumpulkan keterangan ke atas mereka bagi membolehkan mereka didakwa di mahkamah.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata setakat ini lebih 10 individu dikenal pasti di ibu negara, Selangor dan beberapa tempat lain.



“Kami telah mengarahkan ketua-ketua kontinjen untuk mengenal pasti bukan pekerja-pekerja di premis judi tetapi mereka yang terlibat secara tidak langsung iaitu ‘the man behind the scene’,” katanya.



Pada 19 Oktober lepas, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didakwa didalangi oleh sembilan ketua digelar ‘dra­gon’ selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan. – Bernama



Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1404999



Tiada ulasan:

Catat Ulasan