Selasa, 31 Oktober 2017

'Datuk Seri' Kes Rela DiTahan Reman 4 Hari

Lelaki berpangkat 'Datuk Seri' didakwa memukul 3 anggota RELA yang bertugas disebuah tokong telah direman 4 hari bermula hari ini.



Majistret membenarkan tempoh reman sehingga 3 November bagi membolehkan siasatan dilaksanakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam & Seksyen 353 Kanun Keseksaan menggunakan kekerasan jenayah menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan.



Terdahulu, lelaki berusia 29 tahun yang memakai kemeja putih itu tiba di perkarangan bangunan Mahkamah Ampang pada jam 9.30 pagi.





Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10/344497/datuk-seri-direman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan