PPIM sedang menyiasat sebuah syarikat dan koperasi yang giat memperdaya mangsa terutamanya kaum india dengan menjual rumah mampu milik namun hanya agreement tanpa S&P dan agreement yang sepatutnya.
Setelah disiasat syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang lesen pemaju dan tidak menjalankan projek pembinaan rumah. Jumlah kerugian mangsa mencecah jutaan ringgit dan mangsanya terdiri daripada orang awam dan pesara kerajaan.
Setelah mendapati pemaju melarikan diri dan laporan polis yang dibuat tiada tindakan oleh pihak berkuasa maka mereka nekad melaporkan kes ini kepada PPIM.
Kesudian PPIM menerima kes walaupun berbeza bangsa dan agama menunjukkan PPIM tidak pilih bulu dan benar-benar memperjuangkan pengguna Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan