Rabu, 20 Disember 2017

Pinjam RM275 Ribu, Ahlong Tuntut Hampir RM2 Juta (Viral YS)









Dapat RM275 Ribu, Ahlong Tuntut Hampir RM2 Juta!

Akibat tidak mendapat bayaran dari perniagaannya, seorang Cina mualaf terpaksa berhutang dengan 13 orang Ahlong dan telah membayar hampir RM1.8 juta. Lebih menyedihkan mangsa masih lagi dituntut untuk membayar RM75 Ribu!

Bermula dengan seorang Ahlong pada tahun 2013, pinjaman yang diharap mampu meringankan beban telah menjerat dirinya sendiri. "Middle Man" yang disangka mampu membantu rupa-rupanya juga penipu besar, mengaut lebih RM700 ribu dan lesap.

Desakan menjadikan mangsa ketakutan. Ketiadaan simpanan membuat mangsa meminjam dari Ahlong yang lain pula bagi "menutup lubang" Ahlong terdahulu.

Kini mangsa dalam keadaan kesusahan sehingga tidak mempunyai wang untuk menampung keperluan harian akibat terpaksa membayar bunga yang meningkat setiap minggu. Mangsa hadir bagi mendapatkan bantuan PPIM dan berharap supaya lebihan jumlah yang telah dibayar dapat dituntut semula.

Mengikut pengalaman kami, ramai mangsa Ahlong mula terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa sebarang masalah. Untuk makluman semua, Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yang tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yang meminjam dari Ahlong akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya.

Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi:
Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
013-3071 999 / 019-3458 444 / 03-4257 7222 / 03-4256 6618

Layari ahlong.ppim.org.my bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji.

Sebarkan agar maklumat ini sampai kepada mereka yang memerlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan