PPIM menyatakan rasa pelik bagaimana bank boleh melepaskan bayaran 70-80% kepada pemaju sedangkan rumah tidak dibina. Nampaknya pihak pemaju telah melarikan diri dan projek perumahan ini telah terbengkalai bertahun-tahun lamanya dan tiada satupun rumah kelihatan kecuali satu tapak yang hanya mempunyai dinding yang telah dinaiki semak samun.
Pihak PPIM yang diketuai oleh Dato Hisyam telah dimaklumkan oleh pembeli rumah daripada pemaju tersebut bahawa sebanyak lebih daripada 40 buah rumah sepatutnya di bina di tapak tersebut namun pembeli kecewa kerana rumah impian yang diidamkan tidak dibina.
Projek ini sepatutnya disiapkan oleh Inai Setia Sdn Bhd, kontraktor Lurah Pantas Sdn Bhd dan Menang Murni Sdn Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan