Yusuf Azmi PPIM menyatakan bahawa ramai marah atas apa yang beliau katakan semalam berkaitan dana RM500 ribu yang ingin diberikan oleh TPM, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam.
Yusuf Azmi mengatakan bahawa sekiranya beliau melakukan kesilapan maka beliau meminta maaf. Saudara Yusuf Azmi juga menyatakan bahawa dengan tegas sekiranya kerajaan membuat sesuatu yang baik maka dia akan menyokong dan sekiranya ada sesuatu yang tidak baik maka beliau akan memberi kritikan yang membina.
Viral YS berharap saudara Yusuf Azmi tidak terus dikecam dan diharap semua pengguna doakan perjuangan saudara Yusuf Azmi, Toqqi, sahabat-sahabatnya dan PPIM tidak hanyut dan terpesong oleh tohmahan dan cubaan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang ingin menjatuhkan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan