Selasa, 14 November 2017

Eksklusif! Bekas Konco Ahlong Bongkar Rahsia! - Fail PPIM (Viral YS)

Mangsa yang asalnya meminjam sebanyak RM2,500.00, jumlah tuntutan bunga meningkat sebanyak RM38,000 menjadikan mangsa terjerat untuk bekerja dibawah pengawasan Ahlong terbabit.



Mangsa turut mendakwa melihat kejadian pada peminjam lain yang dikurung dan dipukul di dalam pejabat sebelum dibawa ke lokasi lain.

Malahan, tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada mangsa bagi memastikan mangsa tidak terlepas dari kepungan dan pemantauan syarikat terbabit.



Mangsa yang semakin tertekan dengan gangguan Ahlong terbabit hadir ke PPIM bagi memohon bantuan.



“Sekiranya anda atau kenalan mempunyai masalah berkaitan Ah Long, kami nasihatkan anda untuk segera melaporkan aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM bagi mendapatkan bantuan."

Mengikut pengalaman kami, ramai mangsa Ahlong mula terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa sebarang masalah. Untuk makluman semua, Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yang tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yang meminjam dari Ahlong akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya.



PPIM melalui Unit Banteras Ceti Haram telah menyelesaikan ribuan kes Ahlong yang melibatkan nilai jutaan ringgit. Kejayaan demi kejayaan dicapai sekaligus membantu ribuan mangsa Ahlong serta mereka yang terbabit. Bantuan diberikan tidak mengira Bangsa mahupun Agama.



Unit Banteras Ceti Haram PPIM boleh dihubungi ditalian 013-3071 999 atau 019-3458 444.



Kami menasihati masyarakat jangan sesekali meminjam dari Ahlong!

Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia

70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur, 013-3071 999 / 019-3458 444 / 03-4257 7222 / 03-4256 6618

Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan