Hiruk Pikuk dibuatnya dalam sidang media PPIM berkaitan Scam Haji VIP di mana ramai mangsa kempunan menunaikan ibadah haji. Kebanyakan mangsa hanya tersekat di lapangan terbang apabila tiket dari malaysia ke dubai tidak disediakan. Namun tiket dari dubai ke arab saudi ada disediakan oleh pihak syarikat.
Oleh kerana rasa terpedaya maka mangsa mengadukan perkara ini kepada PPIM yang diketuai oleh Toqqi atau namanya Dato Nadzim Johan.
Suasana sidang media PPIM ini menjadi kecoh apabila ada seseorang mempersoalkan kenapa mangsa boleh tertipu dan beliau keliru menganggap Tabung Haji yang bersalah sedangkan mangsa menyatakan bahawa mereka diperdaya oleh syarikat haji tersebut dan bukan tabung haji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan