Khamis, 16 November 2017

Toqqi Akan Bagi Senarai Hotel Halang Pekerja Bertudung (Viral YS)

Tindakan beberapa syarikat rangkaian hotel antarabangsa yang melarang pekerja wanita beragama Islam di bahagian khidmat pelanggan untuk memakai tudung menimbulkan kemarahan semua pihak termasuk Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menganggap tindakan terbabit “kurang ajar”.



Justeru itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut terpanggil untuk mengulas isu ini yang dilihat membelakangi hak asasi manusia yang termaktub dalam perlembagaan sesebuah syarikat.



Pastikan anda tidak terlepas peluang daripada mendengar penjelasan dan sebarang pertanyaan berhubung isu ini juga dibuka kepada semua.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan