Jumaat, 10 November 2017

Kenapa penyokong 'boo' Ahmad Bashah - LMFA Bagi Sebab (Viral YS)

PERSATUAN Penyokong Lang Merah (LMFA) mahu melihat perubahan berlaku dalam pucuk pimpinan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) demi kebaikan bola sepak negeri itu.



Gesaan itu dibuat bagi melihat keserasian dapat dicetus antara kepimpinan KFA dan penyokong terutamanya selepas melihat kecelaruan berlaku membabitkan penjualan tiket final Piala Malaysia, baru-baru ini.



Presiden LMFA, Syazwan Fadelah berkata perubahan haruslah berlaku bermula daripada jawatan presiden yang kini disandang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.



Sumber: https://www.hmetro.com.my/arena/2017/11/282150/kenapa-penyokong-boo-ahmad-bashah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan